videokeman mp3

Wednesday 31 August 2011

EID MUBARAK 2011




'Berlalulah sudah Ramadhan,sebulan berpuasa. Tiba Syawal kita rayakan,dengan rasa gembira' - Suasana Hari Raya by Ellina and Anuar Zain


Sekejap je dah Raya en en en? Sumpah aku tak rasa puasa tahun ni walaupun aku cuti 7 hari sahaja. Coolkan? Yeah,I know I know. Ganti puasa memang cerita tahun depanlah nok,mak malas nak fiki fikir. Seperti yang korang nampaklah,tahun ni keluarga aku pilih warna pink yang aku rasa comel dan agak jambu jambu sikit. Aku pun tak tahu dari mana dapat idea satu keluarga nak warna pink,hehh aku pilih merah tapi sia sia je kena tolak warna pilihan aku. Terima kasih!


Tahun ni Angah dan keluarga dari Sarawak tak dapat balik atas urusan urusan yang tak dapat dielakkan,dalam gambar tu jela yang adooo. Daripada takda en en en? Lagipun Raya tahun ni tak semeriah Raya yang sebelum sebelum ni,jangan tanya kenapa sebab kebanyakkan semua cakap macam tu. Pagi Raya je aku pergi rumah nenek sebelah mama lepas tu pergi rumah adik mama,balik rumah terus tidur sampai Maghrib. Aku tahu bukan aku sorang yang macam ni en en en?


Rumah aku tahun ni jugaklah jadi baik gila gila sampaikan mercun pop pop pun takda,mercun bola memang jauhlah lagi nak ada. Tak payah cari mercunlah,bunga api pun ada sekotak je. Tu pun stok Adam nak main je tapi tak main pun sebab takut. Geez,bunga api pun takut ke? Selalunya,malam Raya rumah aku yang paling meriah. Mercun tu lain,mercun ni lain. Sekali tahun ni,haaa ambik kau. Diam terus,isk tsk tsk tsk! Jeles tengok orang lain main mercun tapi aku duduk terperap dalam bilik dengar bunyi mercun je. Sadis tak?


Ahhhhhhhhhhhhhhhhhh tak kisahlah apa apa pun,janji hidup aku tetap macam biasa. Hampir nak berubah tapi belum bersedia nak cerita. Tunggu jela tau tau tau? Seperais! Ni ada sikit gambar gambar nak share,disebabkan tahun ni Raya tak meriah jadi gambar pun tak banyak. Di kesempatan ni,aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Halalkan makan minum aku dan aku nak mintak maaf kalau aku ada ter ter tu,biasalah aku ni manusia biasa. Yer dak? Kira 0-0 jelal,lebchuols! 



Cousy! Mousy! Dousy!


Michuchomuch Angah,Abang Azme,Arif
Leave Sarawak and come back to Johor!

ANIMAL PRINT CONTEST




Tehee,short post short post short post!


Like here! Like there! Everywhere Like Like Like!
1) Like Feather Catcher.
2) Like gambar Nyonya Ellynda dalam album Animal Print Contest.


Love,Nyonya Ellynda. *hugkisshugkiss*

Friday 26 August 2011

WE'RE NOT MEANT TO BE TOGETHER,MAYBE



'All I had to say is goodbye. We're better off this way' - Goodbye by Secondhand Serenade


Aku tak tahu kenapa aku dengan kau tak dapat nak balik macam dulu,mungkin sebab persefahaman ataupun mungkin sebab aku bukan pilihan dia. Takpalah,aku boleh terima lagi sebab kau bukan terus terus menipu aku. Kau menipu aku sikit sikit sampailah semalam,semuanya terbongkar. Kira apa yang kau rancang manjadilah,tahniah. Kalau kau nak tahu,aku cuma rasa terkilan campur mneyesal sikit je. Kenapa? Sebab bukan aku yang nak semua ni. Kalau kau ingat balik apa yang kau dah buat dulu,masa mula mula kita kenal. Ingat tak? Harap kau ingat jadi kau takda peluang nak panggil aku 'loser' sebab dah kena game dengan kau. Kau pun dah remove aku dan benda ni tak bagi kesan sikit pun dekat aku sebab bukan aku yang add kau. Faham tak? Bukan aku yang add kau. Sekarang ni benda pun dah habis,aku pun malas nak panjangkan cerita. Aku cerita sini habis sini dan aku harap kau pun sama okay? Tak payah nak cerita cerita pasal aku lagi,jumpa aku dekat akhirat sana. Jaga diri dan selamat jalan AHF!


Memang aku yang nampak macam nak kenal dengan kau sangat sangat,macam jela en en en? Aku cool je sebenarnya. Nak kenal tu memang walaupun aku dah tahu banyak pasal diri kau,aku rasa macam nak kenal dan kenal lagi dengan kau. Padahal aku dah tahu kau mungkin ada gf,ya mungkin. Aku pun tak pasti siapa perempuan yang aku nampak ada dengan kau masa hari pendaftaran tu. Tu bukan sekali aku nampak korang berdua,lepas lepas tu pun ada juga. Mungkin kau tak ingat,aku ingat sebab aku bagi sepenuh perhatian dekat kau. Nampak pelik tapi ni kebenarannya. Tak kisahlah siapa pun perempuan tu,aku tetap dengan pendirian aku yang dulu. Kalau perempuan tu gf kau sekalipun,aku terima tetapi aku tetap dengan pendirian aku. Ingat tu,aku tetap dengan pendirian aku ya? Semoga berbahagia AR!

Sunday 21 August 2011

4 MONTHS AND STILL COUNTING



'All the single ladies,put your hands up' - Single Ladies by Beyonce

Hari ni 22/08/2011,maksudnya dah 4 bulan aku membujang. Coolkan? Yeah,aku tahu. 4 bulan tu bukan kejap bagi aku,lamalah juga daripada dulu dulu tu lepas break up 2-3 hari terus ada bf baru. Geeeeez lupakan lupakan lupakan. Tu semua kenangan bodoh,zaman budak budak sangat okay? Sekarang dah besar dan dah matang mestilah aku pandai fikir. 4 bulan ni merupakan pencapaian kedua aku yang cool,sebelum ni pernah membujang sampai 8 bulan. Lagi coolkan? 

Mesti ada orang akan kata aku ni jual mahal ataupun aku ni jenis memilih. Haruslah semua tu,bukan senang senang aku nak ada bf sekarang ni. Kiranya macam 'I'm reserved for the best person',fahamkan? Lagi satu hal,mungkin aku dah penat nak bercintan cintun ni. Kalau aku dah ada bf,komitmen aku dalanm benda lain mesti hancus. Nanti aku nak fokus dekat bf je,iskkk mana boleh! Lagi pula aku tengah study ni,oh no no bf.

Biarlah aku macam ni,aku rasa aku lagi okay bila takda bf. Rasa macam bebas je nak buat apa,tak payah nak report nak pergi mana mana. Aku punya kaki,suka hatilah nak pergi manakan? Takda bf ni takdalah aku nak membazir air mata,sikit sikit melalak macam orang mati suami. Kenyataan doh,ni memang diri aku yang sebenarnya sebab tu aku lagi senang bila takda bf. Paling penting,duit untuk topup aku boleh pergi shopping. Lagilah sekarang ni tengah sale sana sini,maigod maigod maigod!

CURSE CURSE,PLEASE GO AWAY



'Because you had a bad day,you're taking one down' - Bad Day by Daniel Powter

Ya Allah,dugaan apa yang aku terima 2 hari lepas ni? Aku tak sangka dugaan tu besar macam hfjbrjwh doh. Aku tak tahulah ni dugaan ke sumpahan ke karma ke blahblahblah tapi yang pasti benda ni kena dekat batang hidung aku sendiri. Tragislah bodoh! Iskkk,tsk tsk tsk. Memang benda dah jadi,dah 2 hari lepas pun tapi aku macam teringat ingat lagi. Sumpah aku terkejut lagi ni,mendalam efek benda ni. 

Bayangkanlah,aku tengah sibuk bersosial dengan kawan kawan aku tiba tiba terjumpa WC. Korang rasa? Terjumpa bukan dah plan nak jumpa. Masa nak terjumpa tu,boleh pula aku tengah berjalan seiring siap ketawa ketawa dengan HA. Tipulah kalau WC tak fikir apa apa yang negatif bila WC nampak aku dengan HA tengah ketawa ketawa siap jalan sama sama. Hjhjcebwj,iskkk.

Rungsinglah juga pasal WC nampak aku tu tapi tengah rungsing ni,boleh pula terserempak dengan A. Ya Allah,lagilah lemah lutut aku. Padahal sebelum tu aku dah nampak A dekat kolej,rasanya A memang handsome tiap tiap hari. Tu yang buat aku nak tengok muka A 24 jam,geeeeez mengarut mengarut. Dah terserempak A tu satu hal,lepas tu boleh pula bertembung mata ke mata. Astaga! Aku yang nak pengsan.

HA nak beli cap dekat Doll Store,aku pun temankan jela. Dalam kedai tu aku kehulur kehilir sebab panas,entah macam mana DJ boleh tegur aku. Sumpah demi Allah aku tak perasan langsung. Kalau aku tahu ataupun aku perasan DJ ada dalam Doll Store,memang aku tak jejak kaki dekat situ. Aku rasa nak mencarut je dekat diri sendiri sebab aku tak nak jumpa DJ lagi tapi terjumpa juga dekat Doll Store. 

Iskkk,sabar Ell sabar.


Friday 19 August 2011

I CHOOSE YOU



'I'm a real big fan of yours but quite a joke for you' - Your Biggest Fan by Never Shout Never

Hi youuuuuuuuuuuuuu awh awh awh! Aku tahulah nama dia tapi sampai tahap nak bercakap tu memang belumlah. Setakat wall-to-wall yang tak berapa kerat tu,sempat pula aku nak berkenal kenalan dengan dia. Yer dak? Dia add pun sebab nampak aku keluar dengan kawan dia semalamnya. Tragis tak cerita aku? Memang selama ni kalau aku nampak dia,aku sorang jela yang paling gelabah hjsnbf. Aku pun tak tahu kenapa,sebab aku suka dia. Kotttttt okay? Ehemmm.

Masa pendaftaran lagi aku ada nampak dia. Ya Allah,muka dia aku sorang je yang boleh tafsirkan macam mana masa tu tapi ada orang lain yang ganggu penglihatan aku masa tu. Nak tahu siapa? Aku pun tak tahu siapa tapi aku rasa tu gf dia. Yeah,dia mungkin dah ada gf. Iskkk,tak suka boleh tak? Single lagi bestlah daripada ada gf yang Queen control macam perempuan tu. Kalau setakat perempuan tu,nama pun aku dah tahu. Smooth stalker,biasalahkannn? 

Setiap kali aku pergi mana mana,mesti nampak muka dia. Jodoh kuatkan? Jangan jelesssssss! Biasalah dia dengan kawan kawan dia yang merupakan kawan kawan aku juga. Kalau nak tunggu dia bercakap dengan aku memang 8x Raya pun belum tentu dia bercakap sebab dia pemalu orangnya. Setakat senyum senyum tu bolehlah,ahhhhhhhh yang senyum tu aku tak tahan. Comellahhhh! Mata dia lagi,aduhhhhhh kalah bila aku tengok. Korang rasa dapat bayangkan tak muka dia? Lazissssss theeeeruk punya!

Sikit lagi aku ni kalau dapat dia memang jaga betul betul doh,sumpah demi Allah! Kalaulah sebab korang pun tahu aku pernah keluar dengan kawan dia dan dia pun ada pada masa yang sama jadi mesti dia akan fikir aku dengan kawan dia tu ada apa apa. Geeeeeez,takda apa apa okay? Kawan sahaja! Susahlah keadaan bila jadi macam ni. Bak kata Yong,'Kau nak dia,boleh dapat kawan kawan dia'. Tragis gila cerita aku ni,hmmmmmmmm. Doakan yang terboik okay? Muacks,suka dia!

Monday 15 August 2011

WE HYE THEN WE BYE



'Easy come. Easy go' - Grenade by Bruno Mars

Perangai kau tak nak lagi hjfbchj ke? Sikit lagi kau ni. Tahulah macam kita baru kenal ke apa entah tapi tak payahlah nak tunjuk yang tu kau tu hotstuff gila sampai kawan dengan aku setakat 1-2 hari lepas tu chow. Lazissssssssss ke kau nak chow macam tu je? Setakat kau ni,petik jari aku boleh datang yang lagi lazisssssssssss okay? Sedar diri sikit.

Nak kata aku terhegeh hegeh dekat kau,aku rasa takda. Takdakan? Kalau kau ada tu maknanya kau tengah mencerminkan diri kau sendiri sebab aku rasa kau yang terhegeh hegeh dekat aku. Aku bukan nak bajet aku hotstuff cuma ni kenyataan. Kau sendiri tahu aku ni memang kawan dengan kawan kawan kau,aku pernah lepak dengan kau pun sebab aku rapat dengan IE jrfbjeh tu. Kalau kau tak tegur aku dekat IM hari tu lepas tu tak ajak aku lepak,memang tak aku nak keluar dengan kau okay? Aku tengok muka kau aku dah tahu perangai kau macam mana. Coolkan? Okay,terima kasih.

Nak kata aku menyesal tu memang aku menyesal gila hjsbcuwehb,sumpah! Kalau aku tahu nak jadi macam ni,aku rasa aku tak kenal kau pun takpa. Perangai macam jhrbfjweh,serius aku tengah sakit hati ni. Aku takkan text/call/IM/wall kau sampai kau yang mulakan dulu. Kalau kau kata aku nak lupakan kau,sukahatilah. Kisah? Memang aku ego. Kenapa? Ada masalah? Go die baby go die.


Sunday 14 August 2011

I DON'T GIVE UP



Don't give up on me baby,these times are hard,they're making us crazy - For The First Time by The Script

Ingat kau,aku menangis. Ingat kali terakhir aku jumpa kau,aku menangis. Dah kenapa Ell? Kalau tak rindu,aku tak macam ni bodoh! Hbfhjebdaj bila entah nak habis seksaan ke ujian ke apa entah ni,tiba tiba je kau buat macam ni. Aku peliklah,aku mana biasa macam ni. Selalu aku berkepit je dengan kau walaupun dalam phone je,text 24 jam tak pernah tinggal. Sampai je bulan Ramadhan,terus kau buat seksaan baru. 

-NO xoxo
-NO ily
-NO imy
-NO iny
-NO texting
-NO phone call

Nok,korang rasa boleh hidup tak bila jadi macam ni? Mesti rasa terumbang ambing macam aku,serius. Sekarang ni aku rasa macam pelik pelik lagi tapi bolehlah terima keadaan ni cuma aku nak tahu sampai bila nak jadi macam ni. Aku tanya kau,memang takda jawapan. Kau kata aku banyak komplen,hjdbfjasb tak sukalah bukannya aku komplen! 

Kau kena bersyukur,kau dah buat seksaan macam ni dekat aku tapi aku takda sikit pun nak angkat kaki dari kau. Cool tak aku? Hehh,aku memang cool daripada kau. Kau gelabah sebab tu buat seksaan hjsdbdj ni. Tak nak benci kau,tak sampai hati sebab hati aku tak kering macam hati kau tu. Nak macam dululah AHF,pleaseeeeeeeeee :/ 

***No worry,I'll never give up on you so please don't give up on me.

Friday 12 August 2011

REMINISCING



The littlest things that take me there,I know it sounds lame but its so true,I know its not right it seems unfair,that thing are reminding me of you - Littlest Things by Lily Allen


Kau bodoh,bodoh tahu bodoh? Ergh! Nasiblah bulan Ramadhan,kalau tak dah lama aku mengamuk. Okay,tipu je sebab aku tak berani nak mengamuk dengan kau sebab sebab sebab aku tahu aku akan kalah. Yeah,loser kata kau tapi nampak hina theeeeeruk punya bila sebut loser. Mak tak suka! Kau tak nak tanya kenapa aku nak mengamuk ni? Tanyalah,please please please. Ceritanya macam ni tapi aku nak kau tukar default yang kau guna sekarang ni,gunalah default lain tak pun kau guna gambar siapa siapa yang kau rasa handsome. Tukar default kau,now! Aku serius ni.


Kau tak rasa bodoh ke bila guna default tu? Aku yang tengok ni pun rasa macam nak hfvcbhsdjcb jugaklah tapi aku tahan je,bulan Ramadhankan? Pendekkan ceritalah,kau tukar default tu jadi aku takdalah teringat kisah kisah lama. Faham tak? Kau tak faham,tolonglah fahamkan. Aku dah malas nak ingat lagilah,bila kau guna default tu aku rasa macam zaman dulu dulu pula. Masa kita ehem ehem dulu,cewah! Takda maknanya aku nak dekat kau balik cuma aku tak suka default tu,kbaijualroti.

Thursday 11 August 2011

A MONTH WITHOUT YOU




'Will you come home and stop this pain tonight' - Miss You by Blink 182




Rinduuuuuuuuuuuuuuu! Bilalah nak cukup sebulan puasa ni? Cepatlah habis Cik Ramadhan oi,aku dah nak menyerah kalah dengan situasi aku sekarang ni tapi aku kuatkan hati,semata mata untuk kau. Cewah! Nampak tak cara permainan aku? 




Kalau dulu,setiap saat kau asyik nak texting je. Kalau aku reply lambat,kau terus call. Bestkan? Sekarang ni,hmm hmm hmm boleh kiralah berapa kali kau text dengan call aku. Aku pun rasa aku dah tahu apa yang kau akan tanya bila kau call aku,memang tak sempat nak manja manja kau terus end call. Mula mula aku macam tak dapat nak terima kenyataan juga,aku ingat kau memang nak angkat kaki tapi kau dah bagi aku alasan yang konkrit jadi aku pun dapatlah terima sikit sikit walaupun susah jugaklah. Takpalah,demi bulan Ramadhan ni aku jaga perlakuan aku sebab kau sendiri pun nak jaga perlakuan kau sebab tu kau tak nak contact atau jumpa aku. 




Ramadhan punya pasal,Ell sabar Ell. Syawal datang,siaplah kau AHF!


Saturday 6 August 2011

HOPING FOR MIRACLE




'Let’s watch something random turn to something awesome' - Random Awesome by Yuna




Bila nak ada perubahan ni? Bosanlah asyik macam ni je,cliche theeeeeruk punyew! Kalau rasa macam nak ada perubahan dalam hidup aku,tolonglan cepat cepat muncul wahai Cik Keajaiban. Orang kata hidup ni macam roda,sekejap dekat atas sekejap dekat bawah tapi kenapa aku rasa hidup aku macam mendatar je? Peliklah,hmm hmm hmm. Aku perlukan keajaiban!



Friday 5 August 2011

HIDDEN HATERS









'Fuck you. Fuck you very very much. 'Cause we hate what you do and we hate you whole crew so please don't stay in touch' - Fuck You by Lily Allen




Nak kata lawa,tak pun. Nak kata tak lawa,tak juga. Apa masalah kau sebenarnya ni? Kalau kau tak puas nak sekolah,kau bagitahu aku. Aku sanggup daftarkan kau masuk sekolah balik. Kau faham tak maksud geli? Aku geli tengok kau ringkaskan 2 post blog aku lepas tu kau jadikan ayat untuk post blog kau. Geli tahu geli? Perangai kau macam budak umur 8 tahun,budak budak thhhhhhhhhhhhheruk punyew! Lagi satu,kau tak payah cakap dekat orang lain yang kau tak suka aku. Kau tak suka aku,tolong cakap depan depan. Fahamkan? Dengan kau aku kena cakap terang terang sebab kalau aku cakap berkias kias,kau bukannya faham. Yela,perangai budak umur 8 tahunkan? Biasa lettew.

Tuesday 2 August 2011

MISSING IN ACTION






'Oh boy,you've left me speechless so speechless' - Speechless by Lady Gaga


Cer cuba kau duduk dekat tempat aku sekarang ni,aku nak tengok juga air mata apa yang keluar dari mata kau. Argh,stress tahu stress? Kalau ya pun nak blah,janganlah tiba tiba je nak blah. Bagi aku alasan yang kukuh baru boleh kau blah,faham? Kau punya manis,perghhh kalah krim karamel. Manis tu seminggu je,lepas seminggu terus hilang. Bak kata omputih,Missing In Action (MIA). Kau ingat ni cerita James Bond ke? Aku tahu kau pandai berlakon tapi jangan jadikan aku bahan lakonan kau sebab aku ada perasaan. Faham tak?