videokeman mp3

Tuesday 31 May 2011

THIS IS RANDOM. I MISS YOU. I MISS YOU SO MUCH




Rindu? Ya,aku rindu kau. Tak,aku rindu kita.




Aku menyesal sendiri sebab aku tertidur pada malam sehari sebelum aku bertolak ke Johor Bahru dengan mama. Memang sebelum tu aku takda text sebab aku ingat kau tidur lagi,yela kau kata kau penat sebab main futsal. K takpa,aku tak kisah asalkan kau dapat rehat yang cukup dan tak sakit tu dah kira okay bagi aku. Sebelum aku tertidur tu,aku pun text kau. 2-3 text lepas tu kau kata kau nak buat kerja. Aku hmm hmm hmm,kalau kau dengarkan bagus. Kau tahu je ah otak aku memang akan fikir negatif bila kau macam nak tak nak text dengan aku. Kau tahu aku fikir apa? Aku fikir kau nak mengelak daripada aku. Ya,tu ah yang aku fikir. Terukkan? 




Mama kejut aku sebab dah terlambat nak pergi Johor Bahru,aku mandi dan masukkan baju dalam beg. Relaks kejap,aku terus cari nama kau dalam call list lepas tu aku tekan call. Aku ingatkan kau tak pick up,dalam hati meronta ronta suruh kau pick up call pagi tu. Kenapa? Sebab kalau aku dah dekat Johor Bahru,aku malas nak otp. Yela,aku pergi Johor Bahru bukan nak huhahuha. Aku tidur dekat wad dan aku malas nak otp masa aku dalam wad. 2-3 kali bunyi tut tut,baru kau pick up. Suara memang kau tengah tidur,aku call kau terpaksa pick up. Aku cakap itu ini dan aku tak lupa cakap 'I miss you so much' dan kau balas 'I miss you too,take care tau?'. Aku tersenyum sendiri.




Aku ingatkan hilang beban rindu tu lepas aku cakap 'I miss you' dekat kau,heh hampeh je ada ah. Makin rindu tahu? Aku sampai Johor Bahru,aku akan 24 jam bila aku tak tahu nak buat apa dalam wad ni. Aku dengar lagu,sempat juga aku download lagu Bittersweet Memories by Bullet For My Valentine dengan lagu Dear God by AX7. Aku dengar dua dua lagu ni berulang kali sampai satu tahap aku rasa nak menangis,aku sendiri tak tahu kenapa. Aku dapat notification dari Facebook yang kau wall aku. Aku nak reply wall ni,aku pun pergi Facebook kau. Sobs,tiba tiba rasa macam takda mood gila babi. Nak tahu kenapa? Nahhh,biar aku je yang tahu. 




Aku tahu kau agak bermasalah malam semalam,masalah dengan dia lagi lepas tu aku buat perangai menjengkelkan lagi. 2-3 wall kau aku reply macam taik,siapa pun yang baca mesti sakit hati. Aku konon nak jadi ego macam kau tapi tapi tapi cubaan aku gagal. Aku sendiri yang sakit hati,tapi aku cool je. Aku terus IM kau,entah macam mana kita boleh bertekak sekejap dekat IM tu. Memang terang-tang-tang salah aku,kau ada masalah aku boleh buat perangai macam tu pula. Siapa je yang tak naik angin,yer dak? Durr,Ell memang menyusahkan orang lain. Aku memang paranoid,paranoid gilababi punya. Aku pernah cakap yang aku takkan jadi paranoid kalau aku tak sayang kau k? Jangan bimbang aku takkan pergi mana mana. Aku tunggu kau sampai hati kau pulih,jaga diri k? Aku rindu kau.

Sunday 29 May 2011

NEVER SAY GOODBYE TO MANCHESTER UNITED




Aku rasa masing masing yang rapat dengan aku mesti dah tahu bahawa aku ni memang peminat Manchester United sampai mati,jangan tanya kenapa sebab aku tak sempat nak sediakan jawapan untuk soalan soalan korang. Paaaaaaaaaling penting,Manchester United ada kelebihan tersendiri dan dorang antara salah satu kelab terboik tahu terboik? Heh,terbaik ah. Setiap match Manchester United aku mesti tengok,siap pakai jersi. Semangat tak? Wajib ah. 




Semalam memang match paling mencabar untuk Manchester United. Final pula tu,vs dengan Barcelona pula. Memang Manchester United kalah tapi tapi tapi paling kurang Manchester United ada juga jaringkan gol walaupun satu. Bola tu bulat,adat ah pertandingan ada menang ada kalah. Kalau semua pertandingan takda yang kalah,tu tak boleh dipanggil pertandingan k? Walaupun Manchester United tewas kepada Barcelona 3-1 tapi hati aku tetap dekat Manchester United.

Friday 27 May 2011

KPTM CHERAS





Hari Khamis aku pergi KPTM Cheras ni,nak hantar segala borang segala sijil bagai bagai. K,sampai je aku terus macam blur tak tahu nak pergi mana. Yela,pertama kali jejak kaki dekat situ. Aku tanya pak guard,dia suruh aku pergi dekat khemah depan bangunan pentadbiran. Aku pun pergi ah dengan semangatnya,memang ramai betul orang masa tu. Ada yang nak mendaftar,ada yang tengah isi borang blahblahblah. Aku tanya abang dekat khemah tu,dia suruh aku naik tingkat 2 dan cari papan tanda 'Bahagian Kemasukan Pelajar'. Naik lif,tutututututut sampai pun depan pintu yang ada papan tanda 'Bahagian Kemasukan Pelajar'. Ramai juga ah dalam bilik tu,aku jumpa abang yang uruskan benda ni lepas tu aku bagi sijil pelancau semua lepas tu dia suruh duduk. Rupanya yang ramai ramai tu semuanya bakal TESL-ian,kira satu course dengan aku juga ah. Masa tu kira macam pre-oriented ah,tanya nama dari mana blahblahblah. Aku sorang je dari Muar masa tu,yang lain semua dari KL dengan Klang. Daripada A-Z abang tu terangkan,dari segi pakaian dari segi adab etc. 




Dah siap semua,aku macam lega gila. Lepas tu keluar,siap sempat cakap terima kasih dekat pak guards tadi. Gelabahkan? Sikit ah. Aku call Along,fuhhh memang dekat 15 minit aku duduk depan gate KPTM tunggu Along tak sampai sampai. Tangan asyik totetotet keypad phone,cuba call Along. Tak sampai 5 minit,Along sampai. HH memang nak jumpa aku tapi HH sendiri belum bangun sebab overdrunk,heh bengang juga ah tapi aku chill je. Aku pergi Curve,makan blahblahblah sambil try call Aqramul tapi tak dapat. Rumah Aqramul area Curve je tapi malang semalangnya Aqramul tak bangun lagi. Shahrin text aku,Shahrin ingatkan aku dekat KPTM Cheras lagi sebab Shahrin nak temankan aku. Heh,terlambat. Shahrin ajak aku lepak BB,dan dan dan aku pun memang otw nak pergi BB. Aku suruh Along drop-by aku dekat Starbucks Sungei Wang Plaza,aku tunggu Shahrin dekat situ je. Shahrin text,after tengok movie dalam 0530pm macam tu baru jumpa aku sebab movie dah booked awal. K,aku chill je ah walaupun  masa tu baru 0230pm. Aku lepak sambil online,nasib bawa netbook kalau tak mati kebosanan juga ah aku dekat Starbucks. Tunnnnnnggu dan tunnnnnnnnnnggu,0730pm baru Shahrin sampai. Aku terus ajak Shahrin teman sampai BTS sebab aku nak balik Muar malam tu juga. Shahrin rasa bersalah sampai minta maaf banyak banyak banyak kali walaupun aku tak kisah sangat pasal datang lambat tu. Paling penting aku dah dapat jumpa dewa dekat KLIUC k? Awh,dah ah tinggi lepas tu badan curvy macam perempuan. Sorry Shahrin,I love you and thank you!




Gembira? Mesti ah. Wajib untuk aku meraikannya! Aku memang nak sangat sangat sangat course TESL,dah dapat ni kira alhamdullilah. Memang sebelum ni aku dapat tawaran course TESL dekat UNISEL,tapi tapi tapi UNISEL macam jauh gila. UNISEL memang best,serius aku tak tipu tapi tempat yang jauh sangat tu yang buat aku macam hmm hmm hmm banyak banyak kali. Kesian Miaa,dia dah teruja gila bila dapat tahu aku dapat masuk UNISEL tapi sekarang ni aku rasa memang aku dah muktamad akan masuk KPTM Cheras. Bukan sebab mana paling bagus,cuma aku nak jarak ketersampaian aku dari satu tempat ke satu tempat yang lain tu dekat. 27 Jun 2011 aku akan mendaftar dan aku akan bergelar mahasiswi,awh bannnnnnngga kejap.

Tuesday 24 May 2011

CPJ II



K,sekarang dah ada Cerita Perempuan Jahat II (CPJ II). Terciptanya CPJ II ni adalah disebabkan oleh Google,heh geram tahu geram? Aku tak dapat nak log in CPJ,Google suruh aku verify email pelancau haram semua tu. Niat dalam hati memang nak verify,tapi tapi tapi email yang aku guna untuk CPJ tu aku sendiri dah lupa password. Yela,email tu dah berlapuk. Seingat aku,emial yang aku guna untuk CPJ adalah email Myspace. Nampakkan,betapa lapuknya email CPJ. Aku text Ad,Ad kata suruh aku biarkan dulu sebab kadang kadang Blogger yang bermasalah sikit. Aku ni degil,aku tak biarkan pun macam yang Ad suruh tu. Aku terus sign up Blogger baru. Pamparam,Cerita Perempuan Jahat II (CPJ II)! Aku edit sana sikit,sini sikit cukup ah. Aku bukan suka sangat blog aku ada header ah traffic ah bagai bagai,tak gemor teman.




Dah siap semua,aku pun tersenyum kepuasan. Teringat balik masa aku baru nak buat CPJ,bertungkus lumus siang malam pagi petang menghadap laptop semata mata nak buat CPJ. Sekarang dah lain,aku buat CPJ II tak sampai setengah jam dah siap. Al maklum ah,dah ada basib jadi takda ah nak kekok sangat nak edit itu ini. Aku dah copy code lagu,Eddy lalu depan bilik aku. Aku panggil Eddy,kononnya nak menunjuk CPJ II aku ni. Bangga ah sikit,nanti mesti Eddy puji puji aku. Jangkaan aku meleset,




NE: Weh,aku ada blog baru! Blog lama aku tak boleh log in,sakit hati je.
EDDY: Semua memang macam tu ah,Blogger bermasalah macam hari tu.
NE: Habis tu,Google suruh aku verify bagai bagai tu apa?
EDDY: Yela,masalah macam hari tu. Semua blogger tak boleh log in blog dorang. Sengal je buat blog baru,haha.

NE: Yeker? Heh,biar ah. Bloa aku lawa k?




Pergh,menyirap darah aku dengar Eddy cakap 'semua blogger tak boleh sign in blog dorang'. Fuck man! Malu tu satu hal,bengang pun satu hal. Kalai aku ikut cakap Ad,takdanya aku buat CPJ II ni. heh,tapi biar ah. Aku pun rasa macam ada semangat baru nak menaip untuk CPJ II,hidup baru mesti ah ada cerita baru. Yer dak? Kepada follower follower CPJ,yang 307 orang tu kalau rasa nak follow CPJ II ni sila klik button 'Follow dekat sidebar. Kerjasama anda amat Nyonya Ell hargai,terima kasih daun keladi.