Friday, 26 August 2011

WE'RE NOT MEANT TO BE TOGETHER,MAYBE



'All I had to say is goodbye. We're better off this way' - Goodbye by Secondhand Serenade


Aku tak tahu kenapa aku dengan kau tak dapat nak balik macam dulu,mungkin sebab persefahaman ataupun mungkin sebab aku bukan pilihan dia. Takpalah,aku boleh terima lagi sebab kau bukan terus terus menipu aku. Kau menipu aku sikit sikit sampailah semalam,semuanya terbongkar. Kira apa yang kau rancang manjadilah,tahniah. Kalau kau nak tahu,aku cuma rasa terkilan campur mneyesal sikit je. Kenapa? Sebab bukan aku yang nak semua ni. Kalau kau ingat balik apa yang kau dah buat dulu,masa mula mula kita kenal. Ingat tak? Harap kau ingat jadi kau takda peluang nak panggil aku 'loser' sebab dah kena game dengan kau. Kau pun dah remove aku dan benda ni tak bagi kesan sikit pun dekat aku sebab bukan aku yang add kau. Faham tak? Bukan aku yang add kau. Sekarang ni benda pun dah habis,aku pun malas nak panjangkan cerita. Aku cerita sini habis sini dan aku harap kau pun sama okay? Tak payah nak cerita cerita pasal aku lagi,jumpa aku dekat akhirat sana. Jaga diri dan selamat jalan AHF!


Memang aku yang nampak macam nak kenal dengan kau sangat sangat,macam jela en en en? Aku cool je sebenarnya. Nak kenal tu memang walaupun aku dah tahu banyak pasal diri kau,aku rasa macam nak kenal dan kenal lagi dengan kau. Padahal aku dah tahu kau mungkin ada gf,ya mungkin. Aku pun tak pasti siapa perempuan yang aku nampak ada dengan kau masa hari pendaftaran tu. Tu bukan sekali aku nampak korang berdua,lepas lepas tu pun ada juga. Mungkin kau tak ingat,aku ingat sebab aku bagi sepenuh perhatian dekat kau. Nampak pelik tapi ni kebenarannya. Tak kisahlah siapa pun perempuan tu,aku tetap dengan pendirian aku yang dulu. Kalau perempuan tu gf kau sekalipun,aku terima tetapi aku tetap dengan pendirian aku. Ingat tu,aku tetap dengan pendirian aku ya? Semoga berbahagia AR!

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.