Sunday, 31 July 2011

AHF





Siapa? Biarlah rahsia janji aku tahu siapa orangnya. Serius aku tak sangka aku dengan AHF boleh pergi sejauh ni,err maksud aku lebih daripada seorang kawan. Aku sayang AHF,hikhikhik byeee!




*220711,thank you for giving me your heart.

Monday, 18 July 2011

WHEN WE'RE GONNA BE OKAY?




Rasa macam nak hmmmmmmmmmmmmmmmmmmm je sepanjang hari. Kenapa? Entah,takda idea. Ada sebab tapi malu nak taip. Yela,apa apa pun sekarang aku asyik malu je dengan kau. Bukan kau sorang ah,err hampir semua kawan kawan kau juga termasuk beberapa orang kawan aku. Aku tak rasa apa yang kau cakap tu semuanya salah tapi aku tak kata apa yang kau cakap tu semuanya betul sebab dalam hal ni aku rasa kita berdua memang bersalah jadi tak hairan ah kalau sekarang ni kita dah tak macam dulu. Fahamkan apa yang aku maksudkan? Kalau kau tak faham,tolong fahamkan.




Kalau kawan aku boleh cakap 'Ell,rindu nak tengok kau dengan dia macam dulu. Pergi mana mana je korang berdua.' Okay,aku tahu ayat tu agak gedik tapi realitinya memang itu ah kebenarannya. Memang dulu kita selalu berdua je pergi mana mana,pergi sana berdua pergi sini berdua tapi kalau berdua tu dah boleh dicop sebagai 'sweet couple' ke? Aku tak rasa macam tu sebab masing masing ada akal jadi pandai pandai dorang ah nak fikir macam mana pun. Kau pun tak perlu nak cerita dekat kawan kawan aku yang kita berdua ni berkawan je sebab aku rasa dorang lagi faham keadaan aku yang sebenar benarnya.




Memandangkan kau pun dah terlepas cakap dan aku pun dah terlepas emosi aku dekat kau,ni ah kita sekarangkan? Tak bertegur langsung hampir seminggu,kau pun dah remove aku dari friendlist Facebook kau. Aku pun takda nak merayu simpati suruh kau add aku balik,hak kau jadi kau tahu apa yang kau nak buat. Nak kata aku tak sakit hati,tu tipu ah sebab aku memang sakit hati dengan kau. Kalau boleh aku nak kau ada depan mata aku sekarang dan cerita apa yang kau tak puas hati dengan aku lagi tapi tu semua mustahil. Mustahil sangat sangat kalau kau nak datang dan kita gembira macam dulu balikkan? Ahhh,mimpi je tu Ell. Takpa ah,ada rezeki nanti kita berkawan macam dulu lagi okay? Goodluck Meow Meow!

CREEPY SITUATION




Berhantu ke berpenunggu? Err,entah. Aku sendiri pun tak dapat nak tafsirkan keadaan apa yang aku tengah lalui sekarang ni,nak kata seram tu memang seram tapi aku tak tahu berpunca daripada siapa ataupun apa. Kalau cerita dekat mama mesti mama akan cakap,'Alaaa,biasa lettew. Hostelkan?' Memang ah hostel ni serupa je dekat mana mana,maksud aku keadaan misterinya hostel ni. Ada betul juga apa yang mama akan cakap tu tapi mama takda dekat hostel jadi mama tak tahu apa yang aku dengan housemates aku tengah lalui sekarang ni. Sikit lagi kalau aku dah tak tahan sangat,memang mana mana kondominium aku sewa. Lantak ah tak cukup 1 semester ke apa ke,janji aku dapat keluar daripada hostel tu.




2-3 hari ni keadaan hostel tu jadi makin serius,lagi lagi aras 4. Aras 4 tu kira kawasan rumah aku ah tapi yang untungnya rumah aku betul betul depan tangga tengah. Kalau aku ada cubaan nak lari daripada rumah tu,kira cepat dan efisien ah sebab tangga depan batang hidung je. Sebelah kanan rumah aku kira rumah kosong tapi rumah kosong tu bukan kosong sekosong kosongnya,nama je rumah kosong tapi berpenghuni juga tu. Jangan ditanya siapa penghuninya sebab aku sendiri pun tak dapat kenalpasti siapa ataupun apa yang menginap dalam rumah tu. Kalau ditanya warden kenapa rumah tu kosong,jawapannya mesti 'Rumah ni banyak kerosakkan.' Aku faham sangat kalau jawapan macam tu yang diberi,tu namanya jawapan cover line. 




Warden nak cover line dengan orang lain boleh ah,dengan budak budak rumah 11-04-13 memang tak dapat ah Jack. Aku pun ada akal nak fikir pasal rumah tu jadi jangan nak psycho aku itu ini pasal rumah sebelah rumah aku ni okay? Kalau nak disenaraikan apa yang telah terjadi,aku rasa siapa yang baca mesti terus tak nak baca blog aku. Serius seram sebab tu aku macam mengelak mengelak je nak cerita pasal benda ni tapi dalam masa yang sama aku rasa aku patut cerita walaupun aku cerita ni mukadimah je. Paling kurang korang tahu macam mana situasi hostel aku walaupun tak pernah pergi. Korang doa je ah yang aku dan 9 orang lagi dalam rumah ni tak mati sebab benda benda macam ni. Sumpah demi Allah aku takut!



Friday, 15 July 2011

OLD MEMORIES STRIKE BACK




Bila aku kata aku tak nak ingat,kenapa memori dalam otak aku nak juga ingat benda benda lapuk ni? Aku rasa memori aku tak besar mana nak ingat benda yang aku rasa dah lapuk berhabuk ni tapi ahhh aku kalah weh kalah! Kalau ingat secara sengaja tu namanya memang aku gedik tapi ni lain. Ni aku teringat,kalau dah nama ter mesti ah tak sengajakan? Maigod Ell,pergi format memori secepat mungkin!

Saturday, 2 July 2011

BAD-ASS ORIENTATION SESSION






Huaaargh,what had happened to me? Kenapa tiba tiba malas nak menaip ni? Bangun #NyonyaEll bangun!


K,dah rasa rajin sikit. Aku malas bukan sebab aku ada sifat M,err memang ada sifat M cuma dah lama rasanya tak diaktifkan. Coolkan? Aku malas sebab aku penat. Aku penat sebab orientasi @#$%&* dekat KPTM Kuala Lumpur,bakal kolej kesayangan aku. Nahhh,tipu je. Sebenarnya kolej tu best cuma orientasi tu macam @#$%^&* sikit,bukan sikit tapi banyak. Daripada aku zaman pakai kain biru,baju kurung putih dengan tudung putih labuh sikit lagi aku memang tak berkenan dengan orientasi bagai bagai ni. Kalau takda orientasi pun perginya sama juga,percaya ah cakap aku ada ke takda ke orientasi ni masalah disiplin budak budak tetap ada. Err,apa kena mengena? K,abaikan.


Masa orientasi ni juga aku nampak macam macam ragam manusia. Paling boleh ah kalau budak budak perempuan batch aku tahun ni macam bataks lelaki,sampaikan bergaduh nak duduk belakang budak lelaki. Wehhh,aku yang malu. Fasi lagi ah,sakit hati pula aku nak taip dalam ni. Perangai pun sikit lebih kurang macam situasi orientasi ni,semuanya macam @#$%^&*. Nak dimaki karang kata aku kurang ajar padahal diri sendiri masing masing tak betul mana pun. Aku pakai baju pelik sikit dah dijaja sana sini,tak kewwwl. Kalau aku pakai bikini,entah apa agaknya korang nak buat. Please mind your own business doh,hisy hisy hisy.


Serius,memang aku tak campur budak lain dekat kolej tu kecuali housemates aku. Housemates aku semua kewwwl,tak macam budak budak perempuan yang lain yang sibuk mengejar kegedikkan masing masing ketahap maksimum. Euuuw,geli tahu geli? Memang tujuan aku masuk KPTM Kuala Lumpur tu nak cari bfkan? Memang tak ah,daripada cari bf baik aku cari duit. Money is everything beroo,bf boleh bagi apa? Bagi taik suruh korang makan,kbye.