Monday, 18 July 2011

CREEPY SITUATION




Berhantu ke berpenunggu? Err,entah. Aku sendiri pun tak dapat nak tafsirkan keadaan apa yang aku tengah lalui sekarang ni,nak kata seram tu memang seram tapi aku tak tahu berpunca daripada siapa ataupun apa. Kalau cerita dekat mama mesti mama akan cakap,'Alaaa,biasa lettew. Hostelkan?' Memang ah hostel ni serupa je dekat mana mana,maksud aku keadaan misterinya hostel ni. Ada betul juga apa yang mama akan cakap tu tapi mama takda dekat hostel jadi mama tak tahu apa yang aku dengan housemates aku tengah lalui sekarang ni. Sikit lagi kalau aku dah tak tahan sangat,memang mana mana kondominium aku sewa. Lantak ah tak cukup 1 semester ke apa ke,janji aku dapat keluar daripada hostel tu.




2-3 hari ni keadaan hostel tu jadi makin serius,lagi lagi aras 4. Aras 4 tu kira kawasan rumah aku ah tapi yang untungnya rumah aku betul betul depan tangga tengah. Kalau aku ada cubaan nak lari daripada rumah tu,kira cepat dan efisien ah sebab tangga depan batang hidung je. Sebelah kanan rumah aku kira rumah kosong tapi rumah kosong tu bukan kosong sekosong kosongnya,nama je rumah kosong tapi berpenghuni juga tu. Jangan ditanya siapa penghuninya sebab aku sendiri pun tak dapat kenalpasti siapa ataupun apa yang menginap dalam rumah tu. Kalau ditanya warden kenapa rumah tu kosong,jawapannya mesti 'Rumah ni banyak kerosakkan.' Aku faham sangat kalau jawapan macam tu yang diberi,tu namanya jawapan cover line. 




Warden nak cover line dengan orang lain boleh ah,dengan budak budak rumah 11-04-13 memang tak dapat ah Jack. Aku pun ada akal nak fikir pasal rumah tu jadi jangan nak psycho aku itu ini pasal rumah sebelah rumah aku ni okay? Kalau nak disenaraikan apa yang telah terjadi,aku rasa siapa yang baca mesti terus tak nak baca blog aku. Serius seram sebab tu aku macam mengelak mengelak je nak cerita pasal benda ni tapi dalam masa yang sama aku rasa aku patut cerita walaupun aku cerita ni mukadimah je. Paling kurang korang tahu macam mana situasi hostel aku walaupun tak pernah pergi. Korang doa je ah yang aku dan 9 orang lagi dalam rumah ni tak mati sebab benda benda macam ni. Sumpah demi Allah aku takut!



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.