Thursday, 22 September 2011

WAITING



Kiranya sekarang ni semua benda aku kena tunggu eh? Yela,aku tunggu. Benda jadi berharga bila ditunggu,serius tak tipu. Sebelum ni phone aku rosak en en en? Berapa lama aku tunggu nak dapat tukar phone baru,3 tahun bero 3 tahun. Sekali tahun ni,haaa hambik kau! Phone depan mata,apa lagi en? Pakai jela. Tak payah tahulah phone apa,janji boleh call boleh text. Niat dihati memang nak guna BlackBerry tapi macam err erm err erm,cepat rosak. Lupakan jela eh? Nokia 3310 jugak terboik!


Superman entah terbang kemana,anggap aku ni apa? Maaflah,aku bukan hidup untuk kau je. Lambat sikit,bye bye. Banyak lagi benda yang aku nak kena fikir tapi lama lama ni dah okaylah sebab ramai yang dah pandai nak buat aku gelak gelak tak ingat dunia macam dulu. Sekarang ni kira aku dah kembali normal,takda fikir cintan cintun. Apa nak jadi,jadilah. Kalau tu jodoh aku,aku terimalah. Kerja Allah en? Aku bukan boleh senang senang nak tolak. Jodoh letak tepi,sekarang aku fokus TESL. Yeah,TESL!


Kau,pandai ambil hati aku en? Ada je benda kau nak buat aku gelak sampai tak ingat dunia. Aku suka cara kau layan aku,rasa dijaga sangat sangat. Terima kasih tau? Aku tahu kau dewa tapi satu hari ni salah sorang daripada kita akan jadi dewa dalam hati masing masing. Aku dah dapat rasa sikit sikit sekarang ni,harap benda yang berlanjutan okay? Amin.

Saturday, 17 September 2011

UNLUCKY DAY


Ahhh,Superman kemana aku kemana. Baguskan? Superman busy,aku ni manalah tahu apa apa. Aku tahu sibuk nak text dengan Superman,sibuk suruh Superman call. Dapat ke? Dapat...........dalam mimpi jela Ell. Semalam dah betul kalau Superman call aku,memang yang ada Superman call. Tunggu punya tunggu,orang lain yang call. Acane? Aku pick up jela,potpetpotpet. Paling kurang ada jugaklah orang lain ingat aku,daripada aku yang asyik ingat Superman je en?


Seriuslah aku cerita,kalau Superman nak call aku malam ni memang tak dapatlah Jack. Phone aku dah rosak teruk,satu text atau call pun tak boleh dapat. Korang cer try text ataupun call,mesti Maxis kata phone aku off en? Masalahnya phone aku ni on je 24 jam,nampak sangat dah rosak teruk. Biarlah phone ni nak rosak ke jahanam ke,janji aku nak phone baru. Tak mintak lebih pun dengan mama,aku nak BalckBerry Torch je. Sumpah demand! Muehehehehe. Mana ada,aku mintak mama Nokia 3310 je.


Phone baru entah bila pula dapat en? Kalau dah jadi macam ni,baru gelabah Superman nak marah aku sebab aku tak reply text. Macam mana aku nak reply text sedangkan aku tak dapat apa apa text pun,acane tu? Pening kepala bila aku je kena fikir pasal benda ni,aku nak mintak tolong korang fikirkan pun macam pelik apa tak tahu. Sekarang ni aku dah takda phone jadi korang dengan Superman pandai pandailah nak caru sumber lain macam mana nak contact aku okay? Haa,lagi satu cerita. Salah satu rabbit aku dah mati,sedih tahu sedih? Take care Superman and have fun dekat Janda Baik tu.

Thursday, 1 September 2011

FORGIVEN GIVEN



'I can't never really tell you that I really miss you a lot' - Missing Star by Yuna


Ada orang kata masa Raya ni semualah yang jahat mesti nak mintak maaf lepas tu konon konon dah baiklah,hehh betul jugak tu tapi orang dah mintak maaf ni aku terima jela. Kalau aku tak terima nampak sangat ego aku membuak buak. Dok aihhh,ego ceq stabil lagi! Aku pun boleh rasa kalau aku mintak maaf lepas tu orang tu tak nak terima,pergh mencengkam jiwa rasanya. Bulan baik ni,aku maafkan sesiapa saja yang rasa pernah buat salah dengan aku. Tak kisahlah termaki ke,termusuh ke,termengata ke,terkutuk ke. Alaaa senang cerita,semua yang ter ter. Aku maafkan korang okay? Janganlah aku dah maafkan lepas tu buat balik,memang aku tak berangin ribut lepas tu.


Untuk AS,kira sekarang ni kita 0-0 baliklah eh? Aku pun tahu aku salah tapi aku rasa kau lagi buat salah banyak dengan aku. Banyak sangat sangat sangat! Terima kasih sebab call aku hari tu,tikijut mek tiba tiba je abe call. Suka tu memanglah,isk dah berbulan tak dengar suara kau en en en? Kononnya kita berkrisis tapi entahlah,krisis yang macam jkeuwe. Sekarang ni kita dah okay,kot. Aku harap kau ubahlah perangai kau tu okay? Walaupun aku pernah lalui perangai buruk kau tu,aku tak nak perempuan lain pun kena benda yang sama. AS ingat ni,what goes around comes around. Selamat Hari Raya! *hugkisshugkiss*


Untuk IE,maafmu diterima. Cewah! Ceritanya kau dengan aku pun entah bergaduh pasal benda bodoh,nampak sangat masing masing tak matang en en en? Ni memang salah aku sebab aku paranoid tak tentu pasal lepas tu main hembus je dekat kau yang tak tahu apa apa tu. Aku marah orang lain tapi masa tu aku tengah text dengan kau jadi semuanya terlepas dekat kau. Ter okay? Terima kasih jugaklah sebab kau tak ego nak mintak maaf dekat aku. Hampir sebulan jugaklah kita tak bertegur sapa,kalau tak mana ada aku dekat situ mesti ada kau. Macam belangkas en en en? Kau pun sama,ubah perangai buruk tu. Kalau tak sampai bila nak ada gf,ubah okay? Aku sokong kau. Selamat Hari Raya! *hugkisshugkiss*


Untuk AHF,memang susah sikit aku nak terima maaf dari kau tapi aku ikhlaskan jugaklah hati aku ni untuk terima maaf kau dah terima segala kenyataan yang kau bukan untuk aku lagi. Sadiskan? Yeah,aku yang melalui ni lagi terasa sadisnya. Kau text mintak maaf dekat aku,air mata aku yang first keluar. Aku pernah cakap dekat kau,aku rindu sangat dengan kau. Susah aku nak rindu orang tapi bila aku dah rindu kau dah sayang kau,macam ni pula jadinya. Aku redha tapi tolonglah berubah sebab perangai buruk kau ni tak tolong kau untuk hidup pun. Berubahlah okay? Selamat Hari Raya! *hugkisshugkiss*