Thursday, 1 September 2011

FORGIVEN GIVEN



'I can't never really tell you that I really miss you a lot' - Missing Star by Yuna


Ada orang kata masa Raya ni semualah yang jahat mesti nak mintak maaf lepas tu konon konon dah baiklah,hehh betul jugak tu tapi orang dah mintak maaf ni aku terima jela. Kalau aku tak terima nampak sangat ego aku membuak buak. Dok aihhh,ego ceq stabil lagi! Aku pun boleh rasa kalau aku mintak maaf lepas tu orang tu tak nak terima,pergh mencengkam jiwa rasanya. Bulan baik ni,aku maafkan sesiapa saja yang rasa pernah buat salah dengan aku. Tak kisahlah termaki ke,termusuh ke,termengata ke,terkutuk ke. Alaaa senang cerita,semua yang ter ter. Aku maafkan korang okay? Janganlah aku dah maafkan lepas tu buat balik,memang aku tak berangin ribut lepas tu.


Untuk AS,kira sekarang ni kita 0-0 baliklah eh? Aku pun tahu aku salah tapi aku rasa kau lagi buat salah banyak dengan aku. Banyak sangat sangat sangat! Terima kasih sebab call aku hari tu,tikijut mek tiba tiba je abe call. Suka tu memanglah,isk dah berbulan tak dengar suara kau en en en? Kononnya kita berkrisis tapi entahlah,krisis yang macam jkeuwe. Sekarang ni kita dah okay,kot. Aku harap kau ubahlah perangai kau tu okay? Walaupun aku pernah lalui perangai buruk kau tu,aku tak nak perempuan lain pun kena benda yang sama. AS ingat ni,what goes around comes around. Selamat Hari Raya! *hugkisshugkiss*


Untuk IE,maafmu diterima. Cewah! Ceritanya kau dengan aku pun entah bergaduh pasal benda bodoh,nampak sangat masing masing tak matang en en en? Ni memang salah aku sebab aku paranoid tak tentu pasal lepas tu main hembus je dekat kau yang tak tahu apa apa tu. Aku marah orang lain tapi masa tu aku tengah text dengan kau jadi semuanya terlepas dekat kau. Ter okay? Terima kasih jugaklah sebab kau tak ego nak mintak maaf dekat aku. Hampir sebulan jugaklah kita tak bertegur sapa,kalau tak mana ada aku dekat situ mesti ada kau. Macam belangkas en en en? Kau pun sama,ubah perangai buruk tu. Kalau tak sampai bila nak ada gf,ubah okay? Aku sokong kau. Selamat Hari Raya! *hugkisshugkiss*


Untuk AHF,memang susah sikit aku nak terima maaf dari kau tapi aku ikhlaskan jugaklah hati aku ni untuk terima maaf kau dah terima segala kenyataan yang kau bukan untuk aku lagi. Sadiskan? Yeah,aku yang melalui ni lagi terasa sadisnya. Kau text mintak maaf dekat aku,air mata aku yang first keluar. Aku pernah cakap dekat kau,aku rindu sangat dengan kau. Susah aku nak rindu orang tapi bila aku dah rindu kau dah sayang kau,macam ni pula jadinya. Aku redha tapi tolonglah berubah sebab perangai buruk kau ni tak tolong kau untuk hidup pun. Berubahlah okay? Selamat Hari Raya! *hugkisshugkiss*

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.