Monday, 18 July 2011

WHEN WE'RE GONNA BE OKAY?




Rasa macam nak hmmmmmmmmmmmmmmmmmmm je sepanjang hari. Kenapa? Entah,takda idea. Ada sebab tapi malu nak taip. Yela,apa apa pun sekarang aku asyik malu je dengan kau. Bukan kau sorang ah,err hampir semua kawan kawan kau juga termasuk beberapa orang kawan aku. Aku tak rasa apa yang kau cakap tu semuanya salah tapi aku tak kata apa yang kau cakap tu semuanya betul sebab dalam hal ni aku rasa kita berdua memang bersalah jadi tak hairan ah kalau sekarang ni kita dah tak macam dulu. Fahamkan apa yang aku maksudkan? Kalau kau tak faham,tolong fahamkan.




Kalau kawan aku boleh cakap 'Ell,rindu nak tengok kau dengan dia macam dulu. Pergi mana mana je korang berdua.' Okay,aku tahu ayat tu agak gedik tapi realitinya memang itu ah kebenarannya. Memang dulu kita selalu berdua je pergi mana mana,pergi sana berdua pergi sini berdua tapi kalau berdua tu dah boleh dicop sebagai 'sweet couple' ke? Aku tak rasa macam tu sebab masing masing ada akal jadi pandai pandai dorang ah nak fikir macam mana pun. Kau pun tak perlu nak cerita dekat kawan kawan aku yang kita berdua ni berkawan je sebab aku rasa dorang lagi faham keadaan aku yang sebenar benarnya.




Memandangkan kau pun dah terlepas cakap dan aku pun dah terlepas emosi aku dekat kau,ni ah kita sekarangkan? Tak bertegur langsung hampir seminggu,kau pun dah remove aku dari friendlist Facebook kau. Aku pun takda nak merayu simpati suruh kau add aku balik,hak kau jadi kau tahu apa yang kau nak buat. Nak kata aku tak sakit hati,tu tipu ah sebab aku memang sakit hati dengan kau. Kalau boleh aku nak kau ada depan mata aku sekarang dan cerita apa yang kau tak puas hati dengan aku lagi tapi tu semua mustahil. Mustahil sangat sangat kalau kau nak datang dan kita gembira macam dulu balikkan? Ahhh,mimpi je tu Ell. Takpa ah,ada rezeki nanti kita berkawan macam dulu lagi okay? Goodluck Meow Meow!

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.