Sunday, 21 August 2011

4 MONTHS AND STILL COUNTING



'All the single ladies,put your hands up' - Single Ladies by Beyonce

Hari ni 22/08/2011,maksudnya dah 4 bulan aku membujang. Coolkan? Yeah,aku tahu. 4 bulan tu bukan kejap bagi aku,lamalah juga daripada dulu dulu tu lepas break up 2-3 hari terus ada bf baru. Geeeeez lupakan lupakan lupakan. Tu semua kenangan bodoh,zaman budak budak sangat okay? Sekarang dah besar dan dah matang mestilah aku pandai fikir. 4 bulan ni merupakan pencapaian kedua aku yang cool,sebelum ni pernah membujang sampai 8 bulan. Lagi coolkan? 

Mesti ada orang akan kata aku ni jual mahal ataupun aku ni jenis memilih. Haruslah semua tu,bukan senang senang aku nak ada bf sekarang ni. Kiranya macam 'I'm reserved for the best person',fahamkan? Lagi satu hal,mungkin aku dah penat nak bercintan cintun ni. Kalau aku dah ada bf,komitmen aku dalanm benda lain mesti hancus. Nanti aku nak fokus dekat bf je,iskkk mana boleh! Lagi pula aku tengah study ni,oh no no bf.

Biarlah aku macam ni,aku rasa aku lagi okay bila takda bf. Rasa macam bebas je nak buat apa,tak payah nak report nak pergi mana mana. Aku punya kaki,suka hatilah nak pergi manakan? Takda bf ni takdalah aku nak membazir air mata,sikit sikit melalak macam orang mati suami. Kenyataan doh,ni memang diri aku yang sebenarnya sebab tu aku lagi senang bila takda bf. Paling penting,duit untuk topup aku boleh pergi shopping. Lagilah sekarang ni tengah sale sana sini,maigod maigod maigod!

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.