videokeman mp3

Sunday 23 October 2011

WORST HOME'S MATCH BY MANCHESTER UNITED


Semua orang tahu bahawa perlawanan bola sepak antara kelab gergasi,Manchester United bertemu dengan Manchester City pada malam tadi. Kalau bukan fans Man U boleh tahu malam tadi ada perlawanan antara Man U dan Man City,takkan aku yang 'Die-Hard-Fans' ni tak tahu. Ye dak? 

Walau apa-apa pun,perlawanan antara kedua-dua pasukan sangat bahaya dan sengit. Man U seolah-olah tidak diberi peluang oleh Man City dari sepakan mula sehinggalah minit ke-93. Perlawanan malam tadi jugak merupakan antara perlawanan paling teruk dalam sejarah 'Manchester United Home's Match' kerana Man U telah dibelasah teruk sehingga 1-6. Perbezaan pungutan mata yang terlalu ketara menyebabkan ramai penyokong Man U mula bersuara kerana penjaga gol Man U,De Gea seolah-olah tidak memberikan komitmen yang sepenuhnya pada perlawanan malam tadi.

Man U juga telah mengumpul beberapa kad kuning dan 1 kad merah,ini telah menyebabkan pasukan Man U kekurangan seorang pemain. Man City begitu licik mengatur strategi disebabkan Man U kelihatan lumpuh sedikit apabila bermain hanya 10 orang untuk perlawanan malam tadi. Perlawanan malam tadi telah menampakkan bahawa Man U kelihatan sangat hilang fokus dan strategi permainan yang kurang memberansangkan. Cubaan beberapa kali telah dibuat oleh Anderson namun cubannya gagal,begitu juga Rooney dan Smalling. Man U sepatutnya berterima kasih kepala Fletcher kerana telah menyumbangkan 1 gol walaupun Man City telah mendahului 3-1 pada masa tu.

Bagi peminat bola yang mempercayai karma,mereka berpendapat bahawa perlawanan malam tadi merupakan perlawanan balas dendam dimana Man U pernah membenam Arsenal sebanyak 8-1. Mereka percaya bahawa Man City telah mengembalikan maruah Arsenal yang telah hilang akibat perlawanan Man U menentang Arsenal suatu ketika dahulu.

"Manchester City bukanlah tandingan Manchester United." -Alex Ferguson

Imma die hard fans,got problem? I know I'm cute,tehee!

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.