Friday, 21 October 2011

WHY GUETTA?

Aku tak rasa aku lambat dapat berita ni tapi kira lambatlah jugak,heh kisah pulak aku lambat ke cepat ke. Janji tahu sudahlah en en en? Lulz! 


Ceritanya mengenai Carta 100 Top DJ 2011,kalau dahulunya takhta dipegang oleh Armin Van Buuren selama 4 tahun berturu turut tetapi lain pulak ceritanya untuk tahun 2011 ni. Takhta Armin Van Buuren yang merupakan 'King Of Trance' telah dirampas oleh David Guetta yang merupakan seorang DJ bagi muzik bergenre Elektro.


Carta 100 Top DJ 2011 ini diundi oleh pendengar pendengar muzik sendiri,jadi jangan nak bising sangatlah kalau Guetta merampas takhta AVB sebab yang mengundi ni dikalangan kita jugak. Guetta sendiri tak sangka yang dia dapat merampas takhta yang telah dipegang oleh AVB selama 4 tahun berturut turut. DJ Mag juga telah menyenaraikan Tiesto,Deadmau5,Above&Beyond,Avicii,Afrojack,Dash Berlin,Markus Schulz dan Swedish House Mafia sebagai penyandang top 10 bagi Carta 100 Top DJ 2011.


P/s: Aku tengah bersedih sebab tak dapat pergi PVD esok,merajuk dengan dunia. Hm!

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.