videokeman mp3

Thursday 20 October 2011

EPIC STORY

Cerita ini mengisahkan tentang Si Teruna dan Si Dara yang dahulunya pernah melalui saat pahit manis bersama selama 7 bulan. Jika dahulunya,Si Dara terlalu obses ataupun dalam erti kata lain 'tergila-gilakan' Si Teruna sehinggakan Si Dara sanggup merendahkan egonya serendah-rendahnya hanya untuk bersama dengan Si Teruna. Walaupun masing-masing berumur agak muda pada ketika itu,Si Dara cukup teliti menjaga Si Teruna yang cukup cerewet dengan hidupnya sendiri. Pada mulanya,Si Dara yang nampak terlalu teruja dengan kehadiran Si Teruna di dalam hidupnya manakala Si Teruna hanya endah tak endah melayan kerenah Si Dara. 


Si Dara cukup-cukup bersabar selama berkongsi hidup dengan Si Teruna,macam-macam hal yang Si Teruna buat tetapi Si Dara masih lagi dengan takat kesabaran yang tinggi. Hubungan mereka menjadi semakin kukuh apabila Si Teruna mula rasa sayang dan rindu kepada Si Dara kerana mereka mengamalkan 'Cinta-Jarak-Jauh',hubungan masih lagi diteruskan sehingga bulan yang ke-6 dimana Si Teruna mula menunjukkan belang-belang kebosanan terhadap hubungan mereka berdua. Pada bulan ke-7,dimana Si Teruna telah melancarkan perang besar dengan mengisytiharkan bahawa antara mereka sudah tiada apa-apa tetapi ada satu perkara yang Si Dara masih ingat sehingga sekarang iaitu:


"Aku akan pastikan kau melutut cari aku balik nanti"

Selama 1 tahun 4 bulan Si Dara menyepikan diri juga menyendirikan diri,Si Teruna telah menemui bunga baru yang bakal mengisi taman hatinya. Si Dara masih kuat sehinggakan terkeluar ayat,"I'm happy for you." Ye,Si Dara telah menipu dirinya sendiri. Nak tak nak,Si Dara tetap kena menerima hakikat bahawa Si Teruna bukan lagi miliknya selama-lamanya. Erm,mungkin. Tidak lama selepas Si Teruna mendapat bunga,Si Dara tiak ketinggalan juga untuk mendapat kumbang baru. Hidup baru Si Dara tidak seindah hidup baru Si Teruna dan sama sekali hidup baru yang dibina oleh Si Dara tidak dapat menandingi hidup lama yang pernah dibina suatu ketika dahulu bersama Si Teruna.

Si Teruna menjalankan hidup seperti biasa,begitu juga dengan Si Dara tetapi malangnya hidup Si Dara terputus lagi ditengah jalan. Si Dara terasa seperti ditertawakan oleh Si Teruna kerana hidup Si Teruna masih berbunga-bunga indah. Si Dara bangun dan terus menguatkan diri untuk menempuh perkara yang mendatang. Selama Si Dara memerhatikan setiap gerak-geri Si Teruna bersama bunga baru,Si Dara berpeluang berkawan dengan bunga baru Si Teruna. Dengan berbekalkan kekuatan yang telah dikumpul selama ini,Si Dara melepaskan Si Teruna perlahan-lahan dan menyakinkan diri sendiri bahawa bunga baru Si Teruna dapat menjaganya lebih baik daripada Si Dara menjaganya dulu. 

Hidup Si Dara diteruskan seperti biasa dan bagaikan mimpi apabila Si Teruna cuba untuk berinteraksi kembali bersama Si Dara. Si Dara pada mulanya kelihatan sedikit terkejut disebabkan Si Dara telah menghilangkan jejak-jejak Si Teruna dari hidupnya. Bermula dengan 'missed call' kemudian diikuti oleh beberapa SMS dan seterusnya pertembungan mata ke mata setelah sekian lama tidak bersua. Si Dara pada mulanya agak kekok dan khuatir perjumpaan mereka bakal merosakkan hubungan Si Teruna bersama bunga barunya tetapi Si Teruna telah menceritakan segalanya tanpa dipinta. Bunga Si Teruna telah menyepikan diri sehinggakan Si Teruna tidak menjadi tentu hala. Bila ditanyakan kemana bunga Si Teruna pergi,Si Teruna hanya memberikan respon dengan menggeleng kepala.

Dari satu perjumpaan ke satu lagi perjumpaan,Si Dara sudah boleh melebarkan senyumannya seperti dahulu kala. Si Teruna masih lagi kekal dengan sikap lamanya,egois tahap kritikal tetapi Si Dara mulai pelik apabila setiap pertelingkahan antara mereka berdua Si Teruna pastinya memberikan Si Dara peluang untuk menang. Keadaan sangat berbeza antara dahulu dan sekarang,dahulunya Si Teruna cukup tidak gemar untuk melayan Si Dara bercakap. Si Dara bercakap,Si Teruna mula membuka mulut untuk membahan Si Dara tetapi Si Dara tetap melayan perangai Si Teruna dengan seadanya. Si Dara tidak memberikan sebarang harapan mahupun belas kasihan supaya Si Dara dapat hidup kembali bersama Si Teruna kerana Si Dara tahu status Si Teruna masih tergantung. Situasi menjadi makin sulit apabila Si Dara ternampak gambar-gambar bunga kepada Si Teruna masih terlekat didinding. Daripada situ,Si Dara sudah tahu yang Si Teruna cukup sayangkan bunganya.

Perasaan serba salah mula terbit didalam hati Si Dara,dimana Si Dara mula berfikir apa yang akan terjadi jika bunga Si Teruna mendapat tahu tentang apa yang Si Teruna dan Si Dara lakukan sekarang ni. Si Teruna juga pernah berkata,"Apa yang I buat ni doh? I dah ada girlfriend." Reaksi muka Si Dara serta-merta berubah apabila soalan sebegitu rupa yang keluar daripada mulut Si Teruna. Si Dara kerap kali melihat segala nota-nota kecil yang ditampal diatas tv Si Teruna. Semuanya untuk bunga Si Teruna,alangkah bertuahnya bunga Si Teruna kerana Si Teruna cukup-cukup sayangkannya. Cukup indah jika Si Dara dapat menikmati situasi yang sama,oleh lelaki yang sama.

Kalau ada jodoh,alhamdullilah. Kalau takda jodoh,redha. Sekian.


P/s: Cerita diatas tiada kena mengena dengan orang yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.