Friday, 10 June 2011

PEOPLE COME AND GO BUT I'M STILL STANDING




Jyeahhh,aku kuat! Tak percaya? K,cuba korang masuk dalam hidup aku lepas 2-3 minggu korang blah. Tengok lepas korang blah,apa aku buat. Aku takkan bunuh diri,serius ni. Gila ke aku nak bunuh diri pasal korang yang alahai,ciput je ni? Tak masuk akal. Aku dah 18 tahun,dah cukup besar untuk fikir secara waras. Bunuh diri bukan ah cara yang paling terboik. Paling cikai pun aku menangis 2-3 minit,lepas tu pammmparammm aku dah boleh ketawa balik. 




Kes tadi tu aku bagi nama spesial sikit,Kes Masuk Blah (KMB). Kenapa masuk blah? Sebab korang dah masuk lepas tu korang blah. Masuk tu maksudnya korang berkenalan dengan aku lepas tu lepak sama sama lepas tu bertepuk tampar sama sama lepas tu text good morning/good night tak pernah lupa lepas tu setiap malam mesti nak call walaupun 2 minit lepas tu lepas tu lepas tu. Memang 8x Raya Aidilfitri takkan habis kalau aku cerita pasal KMB.




Nak kata aku tak sakit hati,tu memang nampak benor nipunyer. Hati memang sakit tapi kalau dah lali,nak sakit celah mana lagi. Yer dak? Aku cool,kuat,comel,lawa,hot. K,cukup. Aku cool je sebenarnya,percayakan. Aku tak kisah kalau korang nak masuk dalam hidup aku sebagai kawan tapi fahamkan erti berkawan tu macam mana. Ada ke kawan yang rajin sangat sangat text good morning/good night tiap tiap hari? Ce fikir.




Aku tak salahkan korang kalau nak bermanja dengan aku tapi tapi tapi tahu batas k? Aku tak nak korang bermanja tu terlebih batas. Maksud aku,melebih lebih sampai aku sendiri pun tercair dengan manja korang tu. Aku dah cool,mana boleh nak cair dengan korang. Aku boleh je kalau tak nak layan korang yang nak memulakan KMB ni tapi nanti lain pula ceritanya. Pung! Pang! Pung! Pang! Apa tu? Gosip mengatakan aku ni sombong. Siapa yang nak digelar sombong,kannn? Aku tak nak! 




Aku layan dan korang jaga batas sebelum terjebak dalam KMB,bolehkan? Permintaan yang kecik je aku mintak ni. Aku bukan fobia cuma dah penat sikit. Maklum ah,makcik dah tua! Kalau rasa niat dihati korang tu nak meminang aku,haaa cepat cepatkan ah k? Aku tak kisah. Aku sanggup kahwin dulu lepas tu baru belajar.  K,tipu je. Aku maksudkan,kalau korang rasa nak flirt flirt dengan aku tu gunakan ah cara yang betul. Jangan gunakan cara KMB k? Aku tumbuk korang nanti. Paling penting,Ell tetap cool

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.