Monday, 27 June 2011

NEW WORLD



Alhamdullilah,segalanya berjalan dengan sangat sangat lancar. Nervous tu memang nombor satu tapi excited memang atas daripada nombor satu. Kira macam takda ranking ah,siapa tak excited nak dapat kawan baru dalam dunia yang barukan? K,jom cerita.




Aku sampai KPTM Kuala Lumpur dalam 10am dan aku memang dah tahu ramai orang sangat sangat. Terlampau ramai k? #Mizie orang pertama yang sampai,maksud aku orang yang aku dah kenal ah. Sampai kolej terus beratur ambil nombor giliran. Nak tahu aku dapat nombor berapa? 547,what a lucky number! Salah sorang daripada fasi dekat situ kata suruh aku pergi duduk mana mana dulu ah sebab nombor giliran yang tengah beratur tu baru sampai 300 macam tu. Bestkan? Tengah lepak lepak dengan mama,boleh terdengar orang sebut sebut nama aku,. Aku toleh kiri kanan nak cari siapa yang sebut nama aku,rupanya #Yong. #Yong pun dah jumpa kawan,#Lisa dengan siapa entah. Dorang pergi ambil nombor giliran,aku pun duduk depan khemah. Berpeluh tu memang dah wajib ah,panas terik k? Dari satu kaunter ke satu kaunter yang lain,daripada panas masuk dalam aircond. Macam macam ragam,macam macam orang semua ada. Aku toleh sini,aku nampak #Amer. Aku toleh belakang aku nampak #Irfan. Aku toleh sana aku nampak #NadiaHassan. Toleh lagi aku nampak #Daud dengan #Emir. K,dunia ni kecik je. Pusing pusing,situ juga jumpanya. Pasal kolej semua dah siap,fasi suruh pergi hostel. Mula mula macam sesat juga ah,yela agak terperusuk kedalam juga ah hostel aku ni. Nama hostel memang tak nak kalah,Desasiswi k? Comel je nama tu. Nombor rumah memang dah dapat tahu,tingkat 4 memang bestkan? Kalau aku kurus jangan tanya kenapa,faham faham je ah. Aku pilih masterbedroom sebab bilik tu agak besar dan sangat sangat luas. Ada 2 katil double-decker,aku terus cop katil #Yong. #Yong sampai,tak lama lepas tu #Alia dengan #KD pula sampai. Bilik dah penuh,roomates aku semua kepala tak betul dan yang paling best semua suka bergosip. Bestkan? #Yong macam biasa ah,dari Muar. #Alia dari Penang,jauhkan? #KD dari Bangi,dekat je. Kemas itu ini apa semua,serius ah barang #KD paling banyak. #KD siap bawa wardrobe,radio,cermin etc. #KD memang buat bilik ni macam bilik dekat rumah tapi tapi tapi kepala gila gila #KD ni yang penting k? #KD kalau dah dapat bercakap memang takkan berhenti walaupun #KD pakai braces,ada kena mengena ke? #Alia pula jenis yang blur blur,#KD ah selalu buli #Alia tapi #Alia lawa. #Yong macam biasa ah,kepala masuk air juga. Mula mula memang #KD dengan aku malas nak turun briefing lepas sembahyang Maghrib tapi nak tak nak kena turun juga ah. Yela,minggu orientasi ni pelik pelik sikit. Fasi semua bajet bajet gangster,alahai. Beratur ikut rumah,entah fasi dengan warden membebel apa pun tak dengar. #Alia paling banyak mencatat,jadi aku #KD dengan #Yong tengok #Alia je kalau ada apa apa hal. Nak naik turun tingkat 4 memang sakit,boleh kena sakit jantung k? Penat ni,tengah lepak lepak #KD suruh pergi mandi apa semua sebab nak lepak cafe dekat bawah. K,sedap gila horlick ais. Heaven! Naik balik tingkat 4,#KD dah start kemas barang barang yang banyak gila babi tu. #Yong dengan #Alia dah terbongkang ni,aku macam biasa ah mata sentiasa cerah je. Tak faham betul padahal esok pagi nak kena turun 6am,lepas tu nak kena berjalan kaki dari Desasiswi sampai ke kolej yang mengambil masa setengah jam k? Aku rasa memang esok aku balik aku pakai kaki palsu,tak tipu. K,challow betteh!

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.