Tuesday, 31 May 2011

THIS IS RANDOM. I MISS YOU. I MISS YOU SO MUCH




Rindu? Ya,aku rindu kau. Tak,aku rindu kita.




Aku menyesal sendiri sebab aku tertidur pada malam sehari sebelum aku bertolak ke Johor Bahru dengan mama. Memang sebelum tu aku takda text sebab aku ingat kau tidur lagi,yela kau kata kau penat sebab main futsal. K takpa,aku tak kisah asalkan kau dapat rehat yang cukup dan tak sakit tu dah kira okay bagi aku. Sebelum aku tertidur tu,aku pun text kau. 2-3 text lepas tu kau kata kau nak buat kerja. Aku hmm hmm hmm,kalau kau dengarkan bagus. Kau tahu je ah otak aku memang akan fikir negatif bila kau macam nak tak nak text dengan aku. Kau tahu aku fikir apa? Aku fikir kau nak mengelak daripada aku. Ya,tu ah yang aku fikir. Terukkan? 




Mama kejut aku sebab dah terlambat nak pergi Johor Bahru,aku mandi dan masukkan baju dalam beg. Relaks kejap,aku terus cari nama kau dalam call list lepas tu aku tekan call. Aku ingatkan kau tak pick up,dalam hati meronta ronta suruh kau pick up call pagi tu. Kenapa? Sebab kalau aku dah dekat Johor Bahru,aku malas nak otp. Yela,aku pergi Johor Bahru bukan nak huhahuha. Aku tidur dekat wad dan aku malas nak otp masa aku dalam wad. 2-3 kali bunyi tut tut,baru kau pick up. Suara memang kau tengah tidur,aku call kau terpaksa pick up. Aku cakap itu ini dan aku tak lupa cakap 'I miss you so much' dan kau balas 'I miss you too,take care tau?'. Aku tersenyum sendiri.




Aku ingatkan hilang beban rindu tu lepas aku cakap 'I miss you' dekat kau,heh hampeh je ada ah. Makin rindu tahu? Aku sampai Johor Bahru,aku akan 24 jam bila aku tak tahu nak buat apa dalam wad ni. Aku dengar lagu,sempat juga aku download lagu Bittersweet Memories by Bullet For My Valentine dengan lagu Dear God by AX7. Aku dengar dua dua lagu ni berulang kali sampai satu tahap aku rasa nak menangis,aku sendiri tak tahu kenapa. Aku dapat notification dari Facebook yang kau wall aku. Aku nak reply wall ni,aku pun pergi Facebook kau. Sobs,tiba tiba rasa macam takda mood gila babi. Nak tahu kenapa? Nahhh,biar aku je yang tahu. 




Aku tahu kau agak bermasalah malam semalam,masalah dengan dia lagi lepas tu aku buat perangai menjengkelkan lagi. 2-3 wall kau aku reply macam taik,siapa pun yang baca mesti sakit hati. Aku konon nak jadi ego macam kau tapi tapi tapi cubaan aku gagal. Aku sendiri yang sakit hati,tapi aku cool je. Aku terus IM kau,entah macam mana kita boleh bertekak sekejap dekat IM tu. Memang terang-tang-tang salah aku,kau ada masalah aku boleh buat perangai macam tu pula. Siapa je yang tak naik angin,yer dak? Durr,Ell memang menyusahkan orang lain. Aku memang paranoid,paranoid gilababi punya. Aku pernah cakap yang aku takkan jadi paranoid kalau aku tak sayang kau k? Jangan bimbang aku takkan pergi mana mana. Aku tunggu kau sampai hati kau pulih,jaga diri k? Aku rindu kau.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.