Aku asyik hmm hmm hmm daripada tadi. Aku ingatkan ada perubahan bila satu dunia sedang sibuk mengadili nasib dia,tapi harapan je semua tu. Dia makin mencabar orang ramai untuk terus bercakap tentang dirinya. Kenapa boleh jadi macam ni? Tak sakit ke telinga dia bila terkena tohmahan sana sini,diherdik 24 jam,dihina di hampir setiap pelusuk laman sosial? Bilangan fanpage dalam Facebook semakin bertambah,ada fanpage yang bersifat positif dan ada juga fanpage yang dibuat atas dasar untuk memaki hamun dia. Apa perasaan mak bapak dia? Malu? Marah? Bengang? Hmm lagi. Hanya Allah yang tahu.
Ifwat IM aku tinggalkan link. Aku tahu memang tak lain tak bukan,mesti pasal dia sebab tengok link dah tahu. Bila aku teliti link blog yang Ifwat bagi,aku rasa macam lain. Tak tahu nak tafsirkan apa yang aku rasa cuma apa yang aku tahu aku rasa sebak sebab dalam blog ni cerita dia betul betul kena bahan. Pertama kali aku baca,aku percaya bulat bulat. Bila aku dah baca 2-3 aku baca,aku hmm lagi. Ternyata dia dipersendakan lagi bersama Amir Maharaja Lawak. Aku terdiam seribu kata,tak tahu nak komen apa lagi sebab aku pun tak sempurna nak komen lebih lebih.
Daniel Erish,mangsa keadaan atau suspek utama? Hanya dia dan Allah sahaja yang tahu.
K,ni aku rasa usaha yang baik tapi tapi tapi aku rasa usaha ni tetap tak berbaloi sebab tuan empunya badan masih berkeras kepala dan masih lagi mencabar orang ramai untuk mengherdik dirinya sendiri. Alahai,kenapa boleh jadi macam ni? Dia tak sayang diri sendiri ke? Dia sendiri pun tak fikir untuk berubah tapi aku salut sebab ada juga manusia yang prihatin sanggup buatkan fanpage ni untuk menutup segala keaiban yang telah dibuka oleh dirinya sendiri. Aku ada juga membaca beberapa wall post dekat fanpage ni,ada yang menyatakan bahawa esok merupakan hari jadi dia. Aku hmm lagi. Kenapa aku hmm? Aku sedih sebab aku tak dapat nak bantu dia. Bagi pendapat aku,aku rasa dia patut berubah kepada seorang yang down-to-Earth setelah apa yang berlaku selama 2-3 hari ni.
Ya Allah,tolong buka pintu hatinya untuk berubah ke arah yang lebih baik dan diterima umum. Hmm,amin-ya-rabbal-amin.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.