videokeman mp3

Tuesday, 24 May 2011

CPJ II



K,sekarang dah ada Cerita Perempuan Jahat II (CPJ II). Terciptanya CPJ II ni adalah disebabkan oleh Google,heh geram tahu geram? Aku tak dapat nak log in CPJ,Google suruh aku verify email pelancau haram semua tu. Niat dalam hati memang nak verify,tapi tapi tapi email yang aku guna untuk CPJ tu aku sendiri dah lupa password. Yela,email tu dah berlapuk. Seingat aku,emial yang aku guna untuk CPJ adalah email Myspace. Nampakkan,betapa lapuknya email CPJ. Aku text Ad,Ad kata suruh aku biarkan dulu sebab kadang kadang Blogger yang bermasalah sikit. Aku ni degil,aku tak biarkan pun macam yang Ad suruh tu. Aku terus sign up Blogger baru. Pamparam,Cerita Perempuan Jahat II (CPJ II)! Aku edit sana sikit,sini sikit cukup ah. Aku bukan suka sangat blog aku ada header ah traffic ah bagai bagai,tak gemor teman.




Dah siap semua,aku pun tersenyum kepuasan. Teringat balik masa aku baru nak buat CPJ,bertungkus lumus siang malam pagi petang menghadap laptop semata mata nak buat CPJ. Sekarang dah lain,aku buat CPJ II tak sampai setengah jam dah siap. Al maklum ah,dah ada basib jadi takda ah nak kekok sangat nak edit itu ini. Aku dah copy code lagu,Eddy lalu depan bilik aku. Aku panggil Eddy,kononnya nak menunjuk CPJ II aku ni. Bangga ah sikit,nanti mesti Eddy puji puji aku. Jangkaan aku meleset,




NE: Weh,aku ada blog baru! Blog lama aku tak boleh log in,sakit hati je.
EDDY: Semua memang macam tu ah,Blogger bermasalah macam hari tu.
NE: Habis tu,Google suruh aku verify bagai bagai tu apa?
EDDY: Yela,masalah macam hari tu. Semua blogger tak boleh log in blog dorang. Sengal je buat blog baru,haha.

NE: Yeker? Heh,biar ah. Bloa aku lawa k?




Pergh,menyirap darah aku dengar Eddy cakap 'semua blogger tak boleh sign in blog dorang'. Fuck man! Malu tu satu hal,bengang pun satu hal. Kalai aku ikut cakap Ad,takdanya aku buat CPJ II ni. heh,tapi biar ah. Aku pun rasa macam ada semangat baru nak menaip untuk CPJ II,hidup baru mesti ah ada cerita baru. Yer dak? Kepada follower follower CPJ,yang 307 orang tu kalau rasa nak follow CPJ II ni sila klik button 'Follow dekat sidebar. Kerjasama anda amat Nyonya Ell hargai,terima kasih daun keladi.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.